Puad Zakarshi Dilantik KP JASA Yang Baharu

Kuala Lumpur – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa)yang baharu berkuatkuasa Isnin ini.

 

Mohd Puad ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi mengesahkan mengenai perlantikan itu.

 

“Saya akan bertugas dan masuk pejabat mulai hari Isnin ini dan telah pun berjumpa dengan Menteri Komuniakasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

 

“Selain dari itu saya enggan bercakap apa, bagi saya masuk pejabat dulu” ujarnya sebentar tadi.

 

 

Jawatan tersebut sebelum ini dipangku oleh Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Abu Talib Harun ekoran kematian Datuk Fuad Hassan akibat serangan jantung.

 

Sementara itu ketika ditanya mengenai jawatanya sebagai MT, beliau menegaskan ia akan berjalan seiring dengan tugas baru yang bakal disandangnya itu.

 

“Ia kekal macam biasa, kerana kita ada beberapa ‘precedent’ dimana Allahyarham Datuk Zainal Abidin Hamid pernah menjadi KP Jasa dan dimasa yang sama merupakan ahli majlis tertinggi UMNO.

 

“Seterusnya kita ada Dato Dr. Asyraf Wajdi Hj Dato Dusuki yang merupakan Yang Dipertua YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.