Piala FA: Jaringan Welbeck Singkirkan Man United

Manchester – Jaringan Danny pada minit ke-61 tamatkan kempen Piala FA Manchester United dalam perlawanan suku akhir awal pagi tadi.

 

Arsenal melangkah ke separuh akhir dengan kemenangan 2-1.

 

Ini merupakan kemenangan pertama Arsenal di Old Trafford sejak September 2006.

 

“Hari ini saya fikir kami bermain baik dan layak untuk memenangi perlawanan,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

 

Nacho Monreal menjaringkan gol pembukaan Arsenal pada minit ke-25 namun pantas disamakan United menerusi Rooney, empat minit kemudian.

 

Ketika United rancak memburu jaringan penyamaan, mereka terpaksa beraksi 10 pemain apabila Angel di Maria diarah keluar padang kerana memperoleh kad kuning kedua pada minit ke-77.

 

Kekalahan menyaksikan United terus memanjangkan tempoh kemarau Piala FA kepada 12 tahun dan meletakkan objektif utama musim ini untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara eropah musim depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.