Petisyen Bebas Anwar ‘Dibuang’, Langgar Syarat Penyertaan

Kuala Lumpur – Petisyen yang menggesa kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya mempercepatkan pembebasan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang di penjara telah dikeluarkan daripada laman sesawang untuk petisyen Rumah Putih

 

Tinjauan SuaraTV mendapati pautan ke laman petisyen tersebut menyatakan bahawa ia telah “melanggar” syarat penyertaan yang ditetapkan.

 

Menurutnya: “Petisyen yang anda cuba akses telah dikeluarkan dari laman di bawah polisi Kesederhanaan kami kerana ia melanggar Syarat Penyertaan.”

 

Berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan, seorang pengguna tidak dibenarkan untuk mengundi lebih dari sekali.

 

Petisyen berkenaan dibuat oleh J.M dari Alexandria, Virginia yang berkata bahawa Anwar memperjuangkan demokrasi, percaya kepada keadilan dalam Islam dan merupakan sahabat lama Amerika Syarikat.

 

Petisyen itu turut mendakwa Anwar disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan yang direka dan menambah kenyataan dari Rumah Putih sahaja tidak mencukupi.

 

Awal pagi tadi, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang baru saja menggesa orang ramai menandatangani petisyen itu.

 

Sementara itu Naib Presiden PKR, Tian Chua menuduh Putrajaya sebagai dalang petisyen itu dibuang.

 

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Batu melalui akaun Twitternya berkata:”Petisyen FreeAnwar ke Rumah Putih digantung – saya syak kerajaan Malaysia sabotaj petisyen itu dan menjejaskan prose situ”.

Petisyen itu dibuat di http://petitions.whitehouse.gov, satu laman yang membenarkan warganya membuat petisyen ke atas kerajaan Amerika dalam pelbagai isu.

 

Satu lagi petisyen dibuat untuk menangkis petisyen asal “Respecting the sovereign nation of Malaysia” (Menghormati kedaulatan negara Malaysia), kekal di laman itu.

 

Menurut petisyen itu: “Kami rakyat Malaysia berang dengan kenyataan Rumah Putih meluahkan rasa kesal dengan hukuman Anwar Ibrahim, mempersoalkan undang-undang dan keadilan sistem perundangan Malaysia.”

 

“DNA yang menyokong kes ini berpadanan 16 kepada 16. Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampelnya di mahkamah yang mungkin boleh membersihkannya. Pada asalnya, Anwar menawarkan 14 saksi, tetapi seorang pun tidak tampil ke depan. Dia menolak disoal balas.

 

“Mengambil kira reputasi Malaysia, AS perlu melihat dulu isu hak asasi manusia mereka dan berhenti menyiksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian mendesak AS berhenti mencampuri kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia,” kata petisyen balas itu.

 

petisyen balas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.