Ramai Penumpang Dilaporkan Muntah, Pesawat AirAsia Mendarat Cemas

Melbourne – Sebuah pesawat AirAsia X dari Sydney ke Kuala Lumpur melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne selepas pesawat dikatakan mengalami masalah teknikal.

 

Jurucakap Perkhidmatan Udara Australia berkata, juruterbang pesawat membuat keputusan untuk berpatah dan mendarat pesawat XAX223 sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan dan Penerbangan Awam Australia, sistem navigasi dan paparan peta pesawat gagal berfungsi.

 

Juruterbang dikatakan berpatah dan mendarat di Melbourne disebabkan cuaca lebih mengizinkan berbanding ke Sydney.

 

Pesawat mendarat dengan selamat kira-kira jam 2 petang waktu tempatan.

 

Sementara itu ramai penumpang dilaporkan berasa tidak sihat dan muntah-muntah setelah berada di dalam pesawat hampir tiga jam.

 

“Mereka tidak dibenarkan meninggalkan pesawat walaupun telah berada di atas landasan, para penumpang meminta berbuat demikian berkali-kali sewaktu pemeriksaan teknikal dijalankan” lapor portal 9News.com.

 

Portal tersebut turut melaporkan sistem pendingin hawa yang dimatikan telah menyebabkan keadaan di dalam pesawat menjadi panas.

 

Pesawat AirAsia XAX223 kemudian berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang (2.15pm waktu Malaysia) selepas tiga jam tergendalla, lapor portal 9News.com lagi.

 

Seorang jurucakap syarikat itu menegaskan pendaratan itu hanya “lencongan berjaga-jaga dan bukannya pendaratan cemas.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.