Peruntukan Habis, Kes Denggi Semakin Meningkat – Saifuddin

Kuala Lumpur – Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa agar kerajaan Barisan Nasional agar segera memikirkan langkah yang sewajarnya dalam menanggani isu peningkatkan demam denggi di negara ini.

 

Beliau ketika dihubungi sebentar tadi berkata walaupun ada usaha yang cuba dijalankan oleh pihak kerajaan namun ternyata ia masih gagal mengatasi masalah yang semakin menular ini.

 

“Saya mengikuti masalah deman denggi ini (dan) ia menujukkan berlaku meningkat, kempen yang dijalankan menunjukkan hanya wujud ‘political will’ dipihak kerajaan, namun ia berdepan dengan masalah keberkesanan” ujarnya.

 

Menurut bekas Setiausaha Agung, Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, kerajaan seharusnya menumpukan kepada usaha perlaksanaan dan bukan sekadar menubuhkan jawatankuasa.

 

“Kerajaan seharusnya mempertingkatkan usaha dari segi perlaksanaan, jika tidak kita akan berdepan dengan keadaan bila mana peruntukan habis tapi keputusan tidak seperti yang diharapkan.

 

“Seringkali modus operandi kerajaan Barisan Nasional apabila berdepan dengan masalah ialah dengan menubuhkan jawatankuasa, namun jawatankuasa yang ditubuhkan itu hanya akan tinggal sebagai jawatankuasa” ujarnya lagi.

 

Pada 1 Julai lalu, sebuah Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi ditubuhkan agar kes dan wabak denggi di negara ini dapat ditanggani dengan lebih berkesan.

 

Namun jawatankuasa yang oleh diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dilihat masih gagal menanggani isu ini seperti yang harapkan.

 

Menurut Saifuddin lagi penubuhan jawatankuasa itu sepatutnya dinilai apabila ia mampu mengurangkan wabak denggi yang dilihat semakin serius ini.

 

“Jawatankuasa itu perlu memastikan peruntukan yang besar itu dibelanjakan dengan cekap agar kumpulan sasaran iaitu rakyat mendapat mesej yang cuba disampaikan khususnya dalam menjaga kebersihan manakala di peringkat jabatan atau agensi perlaksana mampu meningkatkan peranan yang sepatutnya.

 

“Fungsi sesebuah jawatankuasa yang dibentuk kerajaan sewajarnya diukur sekiranya isu yang melibatkan denggi ini berlaku pengurangan atau peningkatan dan sekiranya dikaitkan dengan fenomena sekarang jelas ia semakin meningkat” bidasnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.