Khalid Terkejut Keputusan Azmin Batal Perjanjian Air

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa terkejut atas pengumuman tidak rasmi yang dibuat Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berhubung keputusan untuk menamatkan perjanjian air antara kerajaan negeri dengan Pusat.

 

Namun begitu, beliau memaklumkan tidaka dapat mengulas lanjut soal keputusan itu ekoran kekurangan butir pengumuman.

 

“Kami sangat terkejut dengan pengumuman tidak rasmi yang dibuat Menteri Besar Selangor tentang tidak menyambung MoU antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

 

“Namun, butiran pengumuman terlalu kurang untuk kami memberi sebarang komen,” katanya melalui kemaskini status terkininya di Facebook, hari ini.

 

Hari ini, Azmin mengumumkan telah membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meminta penangguhan buat kali ketiga.

 

Katanya, keputusan itu dibuat kerana Kerajaan Persekutuan melanggar terma perjanjian pada September tahun lalu.

 

Sementara itu, menurut Abdul Khalid, kedua-dua pihak, negeri dan pusat perlu mencapai satu penyelesaian yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat.

 

“Kami ingin mengulangi bahawa penstrukturan semula air yang bermula pada 2008 itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

 

“Saya secara peribadi percaya bahawa kedua-dua kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan mesti mengakui kesilapan dan bersetuju dengan satu penyelesaian yang akhirnya akan memanfaatkan rakyat,” katanya.

 

Keputusan drastik itu dilihat bakal menjejaskan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.