Nik Nazmi Fail Semakan Cabar Keputusan Majsitret

Kuala Lumpur – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi mencabar keputusan majistret membenarkan polis menahan beliau selama tiga hari lagi.

 

Peguamnya, Eric Paulsen berkata, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

 

“Kami akan melakukan tindakan susulan memastikan semakan itu didengar sebelum reman itu tamat tempoh,” katanya.

 

Polis menangkap Nik Nazmi semalam di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan dia ditahan semalaman di lokap balai polis Jinjang.

 

Pagi ini, pegawai penyiasat membawa Nik Nazmi di hadapan majistret yang membenarkan permohonan menahan reman exco Selangor yang juga ketua pemuda PKR itu bagi membantu siasatan. Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi direkodkan kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.