Majlis Kahwin Anak PM Dan TPM Diadakan Pada Tarikh Yang Sama

Kuala Lumpur – Majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan bakal diadakan pada tarikh yang sama.

 

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar kedua-dua majlis tersebut akan dijalankan pada tarikh yang sama namun diadakan secara berasingan.

 

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata majlis persandingan anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa bersama pasangan Daniyar Kesikbayev akan diadakan pada 28 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 

Manakala majlis resepsi kedua pula akan diadakan pada 29 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

 

Presiden UMNO itu turut dikatakan akan mengadakan majlis perkahwinan tersebut di kawasanya Pekan, Pahang pada 4 April ini.

 

Sementara itu, sumber tersebut turut mendedahkan majlis pernikahan perkahwinan anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Najwa Mahiaddin bersama pasangannya Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac ini yang akan berlangsung di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya.

 

Manakala majlis persandingan kedua mempelai itu akan diadakan pada 29 Mac di Kuala Lumpur ini namun sumber tersebut enggan mendedahkan lokasi sebenar ia akan dilangsungkan.

 

Sementara itu majlis resepsi kedua untuk pasangan mempelai itu pula akan diadakan pada 4 Mac ini di Pagoh, Johor.

 

SuaraTV masih menunggu pengesahan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara ini.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.