Leka Tonton Aksi Ghairah, Pelanggan Dicekup Polis

Kuala Lumpur – Sebuah premis yang menyediakan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) warga asing diserbu Bahagian Perjudian,Kongsi Gelap dan Maksiat D7, di Jalan Kia Peng, lewat malam tadi.

 

Dalam serbuan kira-kira jam 12.50 malam itu, 26 warga asing dari Thailand ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

 

Operasi tersebut diketuai Superintendan Razali Abu Samah bersama dua pegawai dan 15 anggota D7.

 

Jurucakap polis berkata, ketika serbuan seramai 80 pelanggan sedang leka menonton pertunjukkan pentas GRO yang mempamerkan aksi ghairah.

 

Menurutnya, pelanggan akan dilayan dan disogok dengan pertunjukan tersebut sebelum melanggan perkhidmatan seks yang ditawarkan premis tersebut.

 

“Premis mempunyai lesen perniagaan yang sah dan polis turut menahan enam lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai bekerja dalam premis tersebut.

 

“Semua yang ditahan berusia 19 hingga 32 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan,” katanya.

 

Katanya, seorang wanita tempatan berusia 30 tahun ditahan dipercayai penjaga dan juruwang premis.

 

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati semua yang ditahan tiada rekod jenayah dan dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B, 6(1)C Akta Imigresen & Sek 39B Peraturan Imigresen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.