Kes Doping Chong Wei Didengar 11 April

Kuala Lumpur – Tarikh pendengaran bagi kes doping, Datuk Lee Chong Wei sudah ditetapkan pada 11 April di Amsterdam, Belanda.

 

Tarikh berkenaan diumumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.

 

Tambah beliau, ada kemungkinan keputusan akan diketahui pada hari yang sama.

 

Norza berkata kes pendengaran itu nanti akan dilakukan tiga anggota panel.

 

“Peguam kita Mike Morgan Sports sedang bekerja keras untuk pendengaran itu. BAM gembira dengan usaha yang ditumpukan pihak peguam setakat ini.

 

“Kita diberi prosedur pendengaran dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Pihak peguam akan mengemukakan hujah mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Bekas pemain nombor satu dunia itu kini digantung sementara oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang ‘dexamethasone’ ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos, tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.