Jabatan Akaun Negara Mula Audit 1MDB

Putrajaya – Jabatan Audit Negara sudah memulakan proses pengauditan terhadap syarikat dana pelaburan strategik milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

 

Beliau berkata, proses itu dilaksanakan sebaik menerima permintaan kerajaan dan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.

 

“Buat masa sekarang kita akan kumpul sebanyak mungkin maklumat termasuk isu yang dibangkitkan di media berkaitan 1MDB.

 

“Saya juga sudah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda dan beliau mengulangi kesudian untuk memberi kerjasama penuh.

 

Pengauditan akan dilakukan secara bebas dan profesional dan secepat yang mungkin malah akan memanggil semua pihak yang perlu bagi membantu melengkapkan laporan termasuk Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.