Hadir Parlimen: Khalid Ibrahim Sindir Anwar?

Kuala Lumpur – Majlis Pembukaan Parlimen Sesi Ke-13 semalam menyaksikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim buat pertama kalinya hadir sebagai Ahli Parlimen Bebas.

 

Khalid yang dipecat keahlian oleh PKR tahun lepas berikutan kemelut isu jawatan MB tidak lagi duduk sebaris dengan Ahli Parlimen pembangkang yang lain.
Pas kemudiannya mengumumkan dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Abdul Khalid iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali namun istana akhirnya memperkenankan Azmin sebagai menteri besar yang baharu.

 

“Saya di tempatkan di belakang sekali setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas.

 

“Alhamdulillah saya masih layak dan boleh hadir selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,” tulis beliau di laman sosial Facebook miliknya semalam.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati status beliau itu menarik perhatian ramai pengguna Facebook dengan kebanyakan komen yang ditulis mengaitkan kenyataan tersebut sebagai sindiran sinis kepada bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

“Yang buang Tan Sri (Khalid Ibrahim) dulu tu terus tak layak (hadir) dah sekarang. Allah Maha Adil, Maha Berkuasa,” kata Azmir Iqbal Ibrahim.

 

Seorang lagi pengguna facebook, Azizi Hashim pula menulis “ayat masih layak itu yang terbaik… pedihhh..pedihh…”

 

Anwar tidak dapat hadir Sidang Parlimen setelah permohonannya ditolak berikutan status beliau kini adalah seorang banduan yang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan mendapatinya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

One thought on “Hadir Parlimen: Khalid Ibrahim Sindir Anwar?

  • March 11, 2015 at 8:36 am
    Permalink

    Seperti kes rogol (kes jenayah)…juga liwat(kes jenayah juga)…persalah tarifnya banduan bukan tahanan politik…banduan layanan seperti banduan lain juga…kena sesuaikan diri dengan banduan-banduan yang lain….tiada istemawa dalam menjalankan hukum persalah banduan…kerana mendidik kearah keinsafpan…belajar agama….buat kerja-kerja seperti banduan-banduan lain…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.