Benjy Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Miliki Dadah

Kuala Lumpur – Pelakon, Benjy dan seorang rakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas tuduhan memiliki dadah, Khamis lalu.

 

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37 dan Julia Ernie Jamaludin, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

 

Pelakon tersebut ditangkap buat kali ketiga atas kesalahan memiliki dadah jenis Syabu

 

Beliau ditahan bersama seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam Khamis.

 

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK Kuala Lumpur telah menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu.

 

Pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinat disyaki dadah.

 

Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol angina di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi.

 

Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

 

Sebelum ini pada tahun 2009 dan 2011, anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty itu pernah ditahan atas kesalahan sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.