Bea Balqis Dicemuh Kerana Busuk Hati

Gara-gara watak watak Sofea yang dilakonkan menerusi siri Zahira yang disiarkan di slot Samarinda, baru-baru ini, ternyata meninggalkan impak tersendiri dalam dunia lakonan Bea Balqis, 26.

 

Menurut pelakon yang bakatnya dicukil menerusi program realiti Pilih Kasih ini, watak perempuan antagonis yang berhati busuk mewujudkan rasa benci dalam kalangan peminat setia siri yang turut dibintangi pelakon Zara Zya dan Adi Putra itu.

 

“Saya akui peminat terkesan dengan lakonan yang saya tonjolkan.  Watak perempuan antagonis yang berhati busuk mewujudkan rasa benci dalam kalangan peminat setia siri tersebut.

 

“Di laman sosial, terdapat penonton yang mencemuh kelakuan Sofea sehingga terbawa-bawa di dunia realiti apabila ada peminat yang menegur saya ketika terserempak di tempat awam.

 

“Ada yang meluahkan perasaan marahnya terhadap Sofea seolah-olah sedang memarahi diri saya. Sedangkan ia sekadar lakonan. Apapun, saya menganggapnya satu pujian terhadap komitmen saya sebagai seorang pelakon,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

 

Dalam perkembangan lain, Bea yang bakal muncul menerusi filem terbaharu, Isyarat Cinta. Selain Bea, filem arahan Bade Hj Azmi itu diterajui barisan pelakon Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.