Apple Perkenalkan Apple Watch

San Framcisco – Apple Inc telah mengumumkan pelancaran peranti boleh pakainya, Apple Watch secara rasmi pada Isnin, ketika sidang bersama media khas di sini.

 

Jam tangan pintar daripada Apple ini memiliki beberapa fungsi biasa yang disertakan pada peranti seumpamanya dengan berintegrasi bersama telefon pintar yang sedia dimiliki pengguna.

 

Apple Watch menawarkan tiga versi untuk jualan kepada pengguna, dengan perbezaan daripada segi bahan sarung (casing) terbina padanya.

 

Ia merangkumi Apple Watch Sport, Apple Watch dan Apple Watch Edition.

 

Setiap model berikut didatangkan dengan dua saiz, iaitu 1.5 inci dan 1.65 inci, dengan tali yang boleh ditukar ganti daripada pelbagai bahan dan warna.

 

Peranti ini membolehkan penggunanya untuk menjawab panggilan, melihat pelbagai notifikasi, kemaskini pada aplikasi, berkomunikasi dengan Siri dan sebagainya.

 

Apple akan mula menjual Apple Watch bermula 24 April ini secara berperingkat di beberapa buah negara, mengikut fasa seperti penjualan iPhone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.