Achey Jatuh Motorsikal, Kaki Retak

Pelawak Achey, 29, mengalami keretakan di kaki kanan akibat terjatuh daripada motorsikal dalam aktiviti riadah sukan motocross di Ulu Yam, pada Ahad lalu.

 

Memetik laporan mStar online, juara Bintang Mencari Bintang ini berkata kakinya perlu disimen namun dia menangguhkan dulu rawatan semata-mata ingin melihat Allahyarham Harun Salim Bachik buat kali terakhir.

 

“Saya dapat berita tersebut pada petang semalam iaitu selepas saya terjatuh daripada motosikal dalam acara riadah motorcross di Ulu Yam.

 

“Saya ketepikan sakit dan segera keluar dari hutan apabila mendapati ada beberapa panggilan tidak dijawab daripada anak Allahyarham.

 

“Saya sempat ke klinik untuk dapatkan rawatan dan doktor memberitahu kaki saya perlu disimen kerana retak, namun saya minta ia ditangguhkan dan balut sahaja buat masa ini,” ujarnya yang turut berada di kediaman Allahyarham sejak malam Ahad bagi menunggu jenazah dibawa pulang dari Hospital Parit Buntar, Perak.

 

Sementara itu, Achey berkata, Allahyarham sering memberi kata-kata nasihat dan semangat apabila dia berhadapan pertandingan yang besar.

 

“Dia orang yang paling penting dan bertanggungjawab membawa saya dalam industri seni ini.

 

“Biarpun kini saya sudah boleh bergerak sendiri dalam industri, namun dia sentiasa bertanya khabar dan beri kata-kata semangat kepada saya terutama apabila terlibat dengan pertandingan besar,” ujarnya.

 

Kata Achey, Allahyarham sering menasihatkannya agar sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak mengambil peduli dengan kritikan masyarakat.

 

Pesanan dia yang saya pegang adalah sentiasa menjadi diri sendiri dan keaslian lawak sendiri.

 

“Dia juga selalu ingatkan saya agar jangan ambil peduli apa orang nak cakap kerana hanya kita yang tahu apa yang kita lalui,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.