Abby Abadi Berkahwin Buat Kali Ketiga?

Rasanya semua orang dah tahu percintaan yang terjalin di antara Abby Abadi dengan seorang ustaz dikenali sebagai ustaz Khairul Azri.. sebelum ini ramai antara peminat Abby di laman Instagram tertanya-tanya adakah Abby ni nak kahwin baru..

Sebabnya banyak gambar dimuatnaik oleh Abby seperti sedang merancang kearah perkahwinan.. Sekian lama membuat peminat tertanya-tanya.. Akhirnya beberapa post di laman Instagram milik ustaz Khairul seperti mendedahkan mereka telah pun berkahwin beberapa hari yang lepas..

Lebih menguatkan lagi kenyataan bila ada antara komen-komen dari rakan Ustaz Khairul mengiyakan pasangan ini sudah berkahwin.. Kalau benar berita ni tahniah la Miss A ucapkan kepada Abby dan Khairul..

Satu je Miss A nak tanya, kenapa kahwin tak bagitahu? Amboi nak sembunyi betul.., bukan ke kahwin tu elok kalau di heboh-hebohkan.. Sama-samalah kita nantikan pengesahan dari tuan punya badan sendiri – UtaraNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.