Akmal Saleh Sokong Hasmuni Tanding Ketua Pemuda UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA – Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini mengumumkan sokongannya kepada Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau menjelaskan keputusan beliau tidak merebut jawatan tersebut sebaliknya memberi laluan kepada Hasmuni selepas mengambil kira Pemuda UMNO memerlukan kepimpinan yang mempunyai pengalaman besar di dalam pemuda dan dekat dengan akar umbi.

“Alhamdulilah petang ini terjawab mengenai keputusan saya di dalam Pemuda UMNO Malaysia.
Ikutkan hati sudah semestinya saya bersedia untuk jawatan no 1 Pemuda UMNO Malaysia.

“Tetapi dalam berorganisasi keputusan mesyuarat itu penting untuk melihat kemaslahatan yang lebih besar dan melihat apakah keutamaan kita pada ketika ini.

“Keutamaan pemuda ketika ini adalah untuk kembalikan penyatuan dan sokongan orang muda di dalam parti dan juga di luar parti UMNO ini dan sudah tentu ia perlu diisi oleh orang yang mempunyai pengalaman yang besar di dalam pemuda dan dekat dengan akar umbi,” katanya, dipetik dari Facebook beliau sebentar tadi.

Justeru itu, beliau berkata individu yang paling sesuai menjawat jawatan no 1 dan no 2 dalam kepimpinan Pemuda UMNO layak diisi Hasmuni Hassan dan Hairi Md Shah.

“Saya Dr Akmal Saleh dengan ini mohon menyokong mereka berdua ini,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat