Polis Tumpaskan Geng Kongsi Gelap 360

JOHOR BAHRU – Polis Johor menumpaskan kumpulan kongsi gelap ‘Geng 360’ selepas menahan 35 anggota kumpulan itu dalam operasi besar-besaran di seluruh negara pada Disember tahun lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, operasi itu dijalankan susulan kejadian bunuh di Stesen Minyak Shell Taman Pelangi pada 17 Disember 2017.

“Kes pembunuhan tersebut telah selesai dan ketika siasatan dijalankan kita telah membongkar rangkaian kumpulan ini. Kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan berumur antara 20 dan 69 tahun.”

“Hasil siasatan awal mendapati kumpulan ini sudah aktif 20 tahun dan menjalankan kegiatan dadah, kekerasan dan penyeludupan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman juga membeku dan menyita harta milik anggota kumpulan bernilai RM6.5 juta meliputi tujuh kenderaan mewah, empat hartanah, 73 akaun bank pelbagai institusi kewangan, enam utas jam tangan berjenama dan wang tunai pelbagai mata wang. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.