Video: Penternak Lembu, Kambing Di Malaysia-Indonesia Jalin Kerjasama

KUALA LUMPUR – Kelab Generasi Tranformasi Ruminan Malaysia (GTR) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Himpunan  Penternak Domba Dan Kambing Seluruh Indonesia (HPDKI) berjaya menjalinkan kerjasama melalui program lawatan ‘Gegar Malang’ yang dianjurkan baru-baru ini.

 

Pengerusi GTR, Hussain Jaapar ketika ditemui SuaraTV berharap, pendedahan yang diberikan selama 4 hari program tersebut mampu dimanfaatkan oleh penternak di Malaysia.

 

 

“Saya mengharapkan ahli-ahli GTR akan membawa teknologi dan ilmu ini ke Malaysia kerana mentaliti (penternak) kita lebih bergantung kepada (makanan) palet untuk haiwan ternakan mereka (sedangkan) kos tersebut yang amat tinggi.

 

“Kos makanan untuk penternak di Indonesia ini hanya sekitar RM1.00 sehari, sedangkan penternak kita membayar sekitar RM3.00 sehari dan saya rasa teknologi (industri ruminan) di negara kita ketinggalan 5 tahun ke belakang berbanding Indonesia,” ujarnya.

 

Hussain turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya Jabatan Pekhidmatan Veterinar dapat menyalurkan sedikit perutukkan kepada NGO untuk menganjurkan program dan kursus seumpama ini bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada penternak di negara ini.

 

Sementara itu Ketua Divisin HPDKI, Dr. Bobby Chrisenta ketika ditemui berharap, program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memajukan lagi industri ruminan antara dua negara.

 

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada GTR atas inisiatif yang diambil ini, kami dapat berkongsi pandangan dan saling bertukar pengetahuan yang dapat memajukan industri penternakan. Semoga ilmu pengetahuan ini dikongsi ini dapat dimanfaatkan bersama.

 

“Saya juga mengharapkan supaya Malaysia-Indonesia dapat mewujudkan polisi trading dua hala bagi membantu penternak antara dua negara,” katanya pula.

 

Bobby, 29 turut menjelaskan pihaknya kagum dengan semangat yang ditunjukkan para penternak di Malaysia khususnya ahli GTR yang disifatkan begitu bersemangat untuk memajukan industri ruminan.

 

GTR sebelum ini aktif menganjurkan pelbagai bengkel dan juga lawatan sambil belajar untuk ahli-ahlinya menimba ilmu baru serta berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan penternak-penternak lain bagi memajukan lagi industri yang mereka ceburi.

 

 

Gabungan Unik Antara Penternak

 

Melalui inisiatif yang dianjurkan GTR itu, para penternak di negara ini telah di dedahkan dengan cara yang di amalkan di Indonesia selain kaedah untuk menjana pendapatan melalui pengeluaran produk tambahan seperti susu kefir, keju, aiskrim dan sebagainya.

 

Menurut Perunding Ternakan, Dr. Vijaya Jayam, pihaknya kagum dengan usaha yang digembling GTR walaupun kelab tersebut masih baharu ditubuhkan.

 

“Walaupun GTR ini masih baru namun saya sangat kagum (dengan inisiatif) yang diambil dan saya rasa pendedahan seperti ini dapat meningkatkan lagi motivasi penternak di negara kita kerana ilmu yang diberikan tidak terdapat dalam buku.

 

“Sebagai contoh apabila kita datang ke sini, kami dapat melihat mereka menjalankan kaedah penternakan secara sistematik walaupun data-data tersebut diambil secara manual namun ia sangat penting dan bermanfaat,” katanya.

 

Sementara itu menurut Pakar Penternakan Lembu Daging, Dr. Jamaun Angkap pihaknya tertarik dengan pengurusan koperasi yang diamalkan oleh di Indonesia.

 

“Saya melihat pengurusan koperasi di sini tersusun dan dikendalikan secara profesional sehingga mampu membantu penternak menjana pendapatan tambahan.

 

“Sebagai contoh koperasi disini bukan sahaja menjadi pusat pengumpulan hasil ternakan, namun mereka turut membantu individu yang berminat untuk menceburi bidang ruminan dengan membekal baka lembu atau kambing.

 

“Saya melihat kaedah ini mungkin boleh diimplementasikan di negara kita agar industri ini dapat dikembangkan,” katanya pula.

 

Jamaun, 53 yang juga merupakan ahli GTR Sabah turut berharap untuk memperkenalkan kaedah membuat susu kefir kepada penternak selain

 

Kelab tersebut didaftar secara rasmi pada Februari 2014, mempunyai keahlian hampir 5,000 orang serta mempunyai tiga cawangan berdaftar di Zon Utara, Selatan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

 

GTR turut mempunyai koperasi yang didaftarkan tahun lalu atas nama Koperasi GTR Malaysia Berhad. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.