Syazwan Zulkifli Hairan Masih Dilabel Panas Baran

KUALA LUMPUR – Pelakon Syazwan Zulkifli berasa hairan apabila masih dilabel sebagai baran, meskipun mendakwa sebaliknya.

 

Syazwan, 30, berkata pandangan sedemikian membuatkannya tidak selesa apabila berdepan dengan masyarakat sekali gus memastikan dirinya sentiasa tersenyum setiap kali berjumpa sesiapa saja, petik BH.

 

“Kalau nak tahu, saya memang susah nak marah, melainkan jika sudah banyak kali saya dikenakan.

 

“Rasanya, sudah empat tahun orang menganggap saya bersikap begitu, lebih-lebih lagi selepas drama Juvana musim pertama dulu.

 

“Mungkin wajah saya yang garang membuatkan orang beranggapan sebegitu, tetapi bukan saya minta untuk berwajah begini,” katanya.

 

Menurut Syazwan, disebabkan perkara itu, dia terpaksa berhadapan pelbagai gosip tidak munasabah yang membabitkan perilaku.

 

Namun, menurut Syazwan, dia mohon maaf sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak senang dengannya selain berharap umum lebih berfikiran terbuka mengenai dirinya dengan kenyataan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.