Sharnaaz Cuti Sebulan Urus Persiapan Kahwin

KUALA LUMPUR: Aktor, Sharnaaz Ahmad, mahu bercuti sebulan bagi menguruskan persiapan perkahwinannya dengan Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak pengacara popular, Neelofa.

 

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 32, yang bakal mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada 31 Mac depan, memutuskan untuk berehat seketika daripada kerja seni bagi melunaskan saki-baki persiapan majlis bersejarahnya.

 

“Debaran untuk menaiki pelamin semakin hari semakin terasa, namun kesibukan bekerja kadang kala melekakan saya. Dari segi persiapan pula, banyak lagi yang belum diselesaikan, jadi saya memilih untuk bekerja sehingga penghujung bulan ini saja.

 

“Boleh dikatakan 50 peratus persiapan sudah pun dilakukan dan selebihnya akan cuba diselesaikan dalam tempoh terdekat.

 

“Kami juga memilih negeri kelahiran saya, Pulau Pinang, sebagai lokasi penggambaran praperkahwinan. Bertepatan dengan konsep ‘English’ dan ‘Heritage’, saya rasa lokasi yang dipilih itu sangat sesuai.

 

Nampak saja begini, namun sebenarnya saya mementingkan elemen klasik untuk diterapkan dalam tema perkahwinan,” katanya kepada BH Online.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.