Sembur Racun Perosak Keluarkan Lipas Di Telinga

CHENGDU – CHINA. Selepas menemui jalan buntu untuk mengeluarkan lipas yang terperangkap di dalam telinga selama hampir tiga hari, seorang lelaki di selatan China bertindak menyembur racun perosak.

 

Chengdu Economic Daily melaporkan, lipas berkenaan masuk di dalam telinga seorang lelaki berusia 60 tahun di Chengdu, 1 Februari lalu.

 

Selepas pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengeluarkan lipas termasuk menggunakan pencungkil gigi dan penyepit kecil, lelaki itu mengambil langkah terakhir menyembur racun perosak ke dalam saluran telinganya bagi mengeluarkan lipas berkenaan.

 
Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan bangkai lipas berkenaan terperangkap di dalam telinganya malah menyebabkan bengkak akibat bahan kimia daripada racun perosak itu.

 

Susulan itu, dia mendapatkan rawatan di hospital untuk membuang lipas berkenaan yang berukuran 1cm panjang.

 

Seorang doktor menjelaskan, lipas berkenan mencari tempat panas untuk pelindungan pada musim sejuk dan telinga adalah tempat terbaik untuk habitat lipas. – South Chinese Morning Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.