Selebriti Hidup Senang Hasil Dari Wang Perlaburan 5,000 Mangsa?

KUALA LUMPUR — Seorang pemain gitar rock terkenal dan anaknya didakwa gagal membayar pulangan kepada 5,000 orang yang melabur jutaan ringgit.

 

Setelah empat bulan menunggu untuk mendapat lebih 20 peratus keuntungan, mereka tidak sabar lagi lalu membuat aduan polis di sini dan tiga negeri lain, lapor Harian Metro.

 

Seorang pelabur yang rasa tertipu itu, dikenali Azman, 32, melabur RM25,000 sejak September lalu dengan harapan dapat pulangan dalam masa tiga bulan.

 

Terlalu gembira dengan tawaran syarikat selebriti itu, beliau mengajak seluruh keluarganya melabur sejumlah RM55,000, katanya selepas laporan polis semalam.

 

“Namun kegembiraan itu bertukar sedih apabila sudah empat bulan tidak mendapat untung dijanjikan,” katanya di balai Taman Tun Dr Ismail di sini.

 

Seorang lagi Azhan Ghazali, 30, pula menghabiskan wang simpanannya RM16,500 untuk melabur di syarikat kecantikan dan kesihatan lelaki itu, yang tidak dinamakan.

 

Akhbar itu melaporkan modal yang dilaburkan itu dipercayai telah digunakan untuk kesenangan peribadi artis tersebut dan sering menunjuk-nunjuk di media sosial. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.