Pakistan Haramkan Filem Shah Rukh Khan

ISLAMABAD – Tindakan Pakistan mengharamkan filem Bollywood, Raees yang menampilkan aktor popular, Shah Rukh Khan mencetuskan kemarahan pengguna media sosial semalam.

 

Islamabad mengharamkan filem itu kerana didakwa menggambarkan orang Islam sebagai pengganas.

 

Filem Bollywood dan Shah Rukh sememangnya popular di Pakistan, manakala Raees turut menampilkan aktres popular Pakistan, Mahira Khan.

 

Namun, industri perfileman Bollywood turut menjadi medan persengketaan politik ketika ketegangan antara dua negara kuasa nuklear itu memun­cak berikutan perebutan wilayah Kashmir.

 

“Filem ini menggambarkan orang Islam sebagai pengganas dan golo­ngan ganas,” kata Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Pakistan, Mubahsar Hassan.

 

Seorang pegawai lain turut mempu­nyai pandangan serupa.

 

“Filem ini membawa mesej bahawa semua orang Islam melakukan perkara jahat dan terlibat dengan jenayah,” kata pegawai tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.

 

Namun, ramai peminat menolak hujah tersebut kerana menyifatkan seni boleh menyentuh tentang politik, namun politik tidak mempunyai tempat dalam seni.

 

“Pengharaman Raees adalah tidak munasabah,” kata penerbit filem Pakis­tan, Hasan Zaidi. – AFP/Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.