Muka Dikoyak Beruang

GUA MUSANG – Seorang budak lelaki Orang Asli mengalami kecede­raan parah sehingga mukanya ‘terkoyak’ selepas diserang seekor beruang di kawasan hutan berhampiran Aring 8 di sini kelmarin.

 

Memetik Kosmo, dalam kejadian pukul 3 petang itu, Dee Usop, 9, dari suku kaum Batek diserang ketika berada di hutan itu untuk mencari kayu gaharu bersama bapanya, Usop Ching, 39, yang tinggal di Kampung Aring 5.

 

Bagaimanapun, bapanya yang turut diserang beruang ber­kenaan hanya mengalami kecede­raan pada belakang badan sebelum bertindak menyelamatkan anaknya keluar dari hutan bagi mendapat bantuan.

 

Dua beranak itu dikatakan berjalan kaki hampir sejam dari kawasan itu dalam kea­daan berlumuran darah sebelum diselamatkan seorang pekerja ladang swasta yang berada di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang.

 

Sebelum ini kedua-duanya sudah biasa memasuki kawasan hutan untuk mencari kayu gaharu dan ikan di sungai.

 

Seorang pekerja ladang swasta yang dikenali sebagai Fan, 41, berkata, dia menemui dua beranak itu dalam keadaan keletihan pukul 4 petang selepas berjalan kaki terlalu jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.