Maut Ketika Cuba Cium Ular

MUMBAI – INDIA. Seorang remaja meninggal dunia dipatuk ular selepas cubaannya mencium ular tedung berbisa itu gagal.

 

Sukarelawan penyelamat ular, Somnath Mhatre, 18, sebelum itu menyelamatkan ular berkenaan dari sebuah kereta untuk dilepaskan ke tempat yang selamat.

 

Ketika dia beraksi untuk mengabadikan gambar mencium ular berkenaan di kepala, reptilia itu secara tiba-tiba berpaling ke belakang dan mematuk dadanya.

 
Remaja itu dikejarkan ke hospital di Navi Mumbai namun dilaporkan meninggal dunia lima hari kemudian.

 

Sementara itu, rakannya yang juga sukarelawan penyelamat ular yang enggan namanya didedahkan berkata, mangsa pergi ke lokasi berkenaan untuk menyelamatkan seekor ular dari sebuah kereta di pusat perniagaan Belapur.

 

“Namun selepas berjaya menyelamatkan ular tedung tersebut, dia membawa ular berkenaan di lokasi lain dan cuba merakam perbuatannya mencium kepala ular tedung berkenaan.

 

“Ketika mahu bergambar, ular itu tiba-tiba berpaling dan mematuk dada Somnath,” katanya.

 

Mangsa yang merupakan pencinta haiwan itu telah menyelamatkan lebih 100 ular sebelum ini meninggal dunia pada 2 Februari lalu.

 

Aktivis kini menyeru Jabatan Perhutanan untuk mengeluarkan garis panduan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam melakukan dan menyiarkan gambar aksi melibatkan ular.- Mirror.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.