Ketua Jurulatih FELDA United Letak Jawatan

KUANTAN – Ketua jurulatih FELDA United Azmi Mohamed mengambil keputusan meletak jawatan selepas hanya mengendalikan tiga perlawanan Liga Super untuk kelab itu musim ini.

 

Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira segala faktor termasuk kemampuan dirinya untuk mengendalikan skuad The Fighters yang dilihat mempunyai misi tinggi untuk berada di kedudukan terbaik.

 

“Surat perletakan jawatan sudah saya serahkan kepada pihak pengurusan. Saya sudah maklumkan hasrat ini (meletak jawatan) Selasa lalu.

 

“Sebenarnya saya perlu jujur dan telus untuk mengatakan keputusan ini adalah tepat untuk kebaikan dan masa depan FELDA United melangkah lebih jauh serta menjadi sebuah pasukan yang mantap,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Katanya, hingga kini dia masih menunggu maklum balas daripada pihak pengurusan kelab dan berharap segala keputusan dapat dicapai dengan baik. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.