Hilang Di Kanada, Ditemui Semula Di Amazon

TORONTO – Seorang lelaki yang mengalami masalah mental berjalan kaki sejauh 10,460 kilometer dan merentasi dua benua sebelum ditemui menjadi gelandangan di Brazil.

 

Anton Pilipa, 39, yang berasal dari Vancouver, Kanada dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 2012 sebelum dia ditemui semula lima tahun kemudian.

 

Pilipa ditemui oleh anggota polis yang melihat lelaki itu menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan di satu kawasan berhampiran hutan Amazon di Brazil.

 

Ketika ditemui, Pilipa yang berkaki ayam, hanya memakai seluar pendek dan berbaju lusuh.

 

Lelaki itu ditahan dan dibawa ke sebuah hospital selepas polis tidak menemui pasport dan sebarang dokumen pengenalan diri padanya.-Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.