Gobind Bidas Zaid, Namakan Dr Mahathir Sebagai Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo membidas Datuk Zaid Ibrahim kerana menamakan Tun Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang.

 

Beliau berkata, Zaid yang baru sahaja menyertai DAP tidak layak untuk menamakan bekas Perdana Menteri itu sebagai Ketua Pembangkang tanpa mendapat persetujuan kolektif DAP pusat, petik MalayMail.

 

“Saya mendapati sangat pelik apabila Zaid sebagai ahli DAP memilih untuk membuat pengumuman tersebut tanpa berbincang dengan pemimpin parti. Dia patutnya lebih tahu,” katanya.

 

Sebelum ini, Zaid percaya bahawa Dr Mahathir kini adalah Ketua De Facto Pakatan Harapan sungguhpun ramai pemimpin pembangkang menafikannya.

 

“Beliau satu-satunya pemimpin yang mempunyai pandangan, kuat dan ada pengalaman,”tegasnya.

 

Ujarnya, Pakatan Harapan mempunyai persetujuan dalam diam dengan mengangkat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk meneraju pembangkang.

 

“Kita mempunyai ketua. Cuma ianya tidak diungkapkan atau diisytiharkan. Dr Mahathir adalah (ketua) de facto dan saya berpuas hati dengannya,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.