Azwan Ali Maki Kakitangan Petron Kerana RM100

Selebriti kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sekali lagi tampil dengan kontroversi apabila beliau dikatakan telah ‘memaki’ kakitangan sebuah stesen minyak.

 

Namun insiden tersebut berlaku apabila beliau mendakwa ‘mesin’ di stesyen minyak berkenaan telah menelan wangnya sebanyak RM100.

 

“#CARUTANZterPAKSA petron arah Taman Melati di maki Kow kow pepagi buta! Bcoz kebas duit aku RM100!

 

“Minyak tak boleh keluar! yet tak boleh refund dan seminggu #hambikkowwww #kasiviral sesen besar hama duit aku, bukan duit #KEPALABANA bapakkk ko #puiPETRONterSIALLLLLL,” tulisnya dalam status di akaun Instagram miliknya.

 

Lebih panas apabila kakitangan stesyen minyak berkenaan berjanji untuk memulangkan kembali wang tersebut namun setelah menunggu selama seminggu wang tersebut masih belum dipulangkan.

 

Pendedahan ini telah dibuat sendiri olehnya di akaun Instagram miliknya Divaazwanavazz, setelah beliau memuatnaik sebuah rakaman video beliau menelefon kakitangan berkenaan.

 

Dalam video tersebut, Azwan memberi tempoh sehari untuk pihak setesyen minyak memulangkan kembali wangnya.

 

“Awak berjanji untuk talefon, awak kena talefon, duit seratus awak janji nak ‘refund’ awak tak buat pun setelah seminggu melebihi perjanjian.

 

“Saya bagi tempoh sampai esok sahaja, jika tiada saya akan buat report polis dan saya akan viralkan.

 

“Saya nak jawapan petang ini,”ujarnya.

 

Menurut beliau lagi, sekiranya pihak stesen minyak tersebut tidak menjalankan kerjanya, akan menyebabkan pihak bank tidak dapat melaksanakan kerja mereka juga.

 

“Orang marah sebab duit orang, satu sen pon duit orang, kalau you tak buat kerja bagaimana bank nak buat kerja,” katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.