Anak Derhaka Cederakan Ibu, Dipenjara 9 Bulan

SEREMBAN – Seorang pengganggur bersikap panas baran dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah memba­ling cawan kaca ke arah ibu kandungnya sendiri sehingga mendatangkan cedera, bulan lalu.

 

Mohd Afiq Abdullah, 31, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman, lapor Kosmo.

 

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada ibunya, Siti Bujal, 68, dengan cara memba­ling cawan kaca ke bahagian kepala di sebuah rumah di Kampung Che Lah, Mantin dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang, 23 Januari lalu.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.