Video : Mat Sabu Mengamuk Depan Penjara

SUNGAI BULOH – “Kita semua penakut,” begitulah kata-kata yang dikeluarkan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu di program Himpunan 365 Anwar Tahanan Politik, yang memperingati ulang tahun pertama pemenjaraan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.

 

Tindakan berangnya yang membaling mikrofon sebagai tanda protes, turut mencuri tumpuan sekurang-kurangnya seribu peserta yang berada di majlis itu.

 

Bekas Timbalan Presiden PAS itu sangat marah dengan sikap yang ditunjukkan rakyat Malaysia yang hanya mampu mendiamkan diri apabila mendakwa Perdana Menteri Malaysia melakukan ketirisan wang dalam sistem pentadbiran Malaysia.

 

Menurutnya, Najib akan terus berkuasa kerana rakyat Malaysia mengambil langkah berdiam diri.

 

Katanya, mengapa Malaysia masih belum berubah, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah menyambut kejayaan transformasi politik.

 

“Sampai bila jadi begini? Kita masih berdiam diri. Bersuara jantan tapi hati betina,” katanya.

 

Di pengakhiran ucapannya, Mat Sabu menyeru kepada rakyat supaya melakukan perubahan.

 

Terdahulu, Anwar menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak penghakiman Mahkamah Tinggi membebaskan ketua umum PKR itu dalam kes Liwat II.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.