Proton : Idea Mahathir Yang Gagal, Dicemuh Netizen

KUALA LUMPUR – Gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia membeli kereta keluaran Proton itu menerima cemuhan daripada netizen.

 

Rata-rata pengguna turut melahirkan rasa tidak puas hati mengenai kualiti Proton, termasuk mengakui jualan kereta itu makin merosot berbanding dengan jenama Perodua.

 

Tidak kurang juga ada yang melakukan perbandingan bagi dua jenama kereta itu daripada tahun 2012 sehingga tahun 2015.

 

Antara kemerosotan jualan yang disebut-sebut netizen bermula dari tahun 2012 iaitu Perodua (189,137) Proton (141,120). Pada tahun 2013 penurunan kereta Proton (138,753) berbanding Perodua (196,071). Seterusnya pada tahun 2014 Proton (115,783) manakala Perodua (195,579). Tahun terakhir tahun lalu (2015), penjualan Proton merosot kepada (102,175) berbanding Perodua (213,307).

 

Menurut seorang daripada netizen, Shamsudin Lazim memberi komen dilaman sosial Facebook, “Harga mahal tak setaraf dengan mutu. Cuma mau untung saja. Nyawa penguna letak tepi,” tulisnya,

 

Nazeri Aziz pula menulis, “Jangan pentingkan kuantiti tetapi pentingkan lah kualiti …”tulisnya.

 

Manakala seorang lagi netizen, Wan Islam memberi komen, “Hahaha jual lagi kete mahal-mahal bercukai-cukai..padan muka orang tak nak beli.. Aku orang England,”tulisnya.

 

Terdahulu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisannya di blog, menggesa rakyat Malaysia menyokong dan membeli kereta keluaran Proton atas alasan untuk kepentingan ekonomi negara.

 

Ini kerana menurutnya, jika rakyat Malaysia membeli kereta buatan negara asing kesannya akan menguntungkan ekonomi negara lain.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.