Manusia Pertama Ditimpa Meteorit?

NEW DELHI, INDIA – Ahli saintis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki yang menemui ajal akibat ditimpa satu objek dari angkasa, Sabtu lalu.

 

Jika objek tersebut terbukti sebuah meteorit, maka mangsa adalah manusia pertama yang menemui ajal disebabkan objek tersebut.

 

CNN melaporkan, objek tersebut terhempas berdekatan dengan sebuah sekolah kejuruteraan di Vellore dan meninggalkan kawah sedalam 2 kaki.

 

Kamaraj, 40 yang bekerja sebagai pemandu bas di sekolah tersebut merupakan seorang mangsa yang maut kerana berada berhampiran tempat kejadian.

 

Dua orang tukang kebun dan seorang pelajar juga cedera dan mendapat rawatan di hospital.

 

Menurut Ketua polis di Vellore, Senthil Kumari, kejadian tersebut turut menyebabkan tingkap beberapa buah bas pecah.

 

Senthil bagaimanapun tidak menolak andaian objek tersebut merupakan ‘sampah’ angkasa lepas yang ditinggalkan oleh roket-roket pelancaran satelit.

 

“Kami perlu menyiasat perkara ini dan menentukan objek tersebut adalah meteorit atau tidak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.