Majikan Tidak Bayar Gaji, Lelaki Myanmar Kelar Leher Sendiri

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Myanmar nekad menggelar lehernya dengan serpihan kaca selepas dipercayai kecewa apabila majikan tempatnya bekerja tidak mahu membayar gajinya, malam semalam.

 

Dia ditemui terbaring oleh orang ramai berhampiran sebuah pusat beli belah di Mutiara Damansara di sini, dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 7.30 malam.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan laut di Petaling Jaya, dipercayai cuba membunuh diri selepas tidak dibayar gaji.

 

“Bagaimanapun, mangsa berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan dengan bantuan awal seorang doktor wanita yang kebetulan berada di situ.

 

“Mangsa kemudian dikejarkan dengan ambulans ke sebuah hospital berhampiran dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, tadi.

 

Katanya, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mengalu-alukan maklumat dari orang ramai. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.