Keputusan Rayani Air Batal Dua Penerbangan Tepat – DCA

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Rayani Air membuat keputusan tepat membatalkan dua penerbangan semalam akibat kerosakan cermin kokpit demi keselamatan penumpang.

 

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata syarikat penerbangan bertanggungjawab membatalkan penerbangan sekiranya berlaku sebarang kes kerosakan pesawat.

 

“Syarikat terbabit membuat tindakan betul apabila membatalkan penerbangan yang dikatakan akibat kerosakan cermin kokpit,” katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

 

Beliau diminta mengulas laporan Rayani Air terpaksa membatalkan dua penerbangan dari Langkawi dan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia 2), semalam akibat cermin kokpit rosak.

 

Bagaimanapun, Azharuddin berkata, DCA sedang menunggu laporan rasmi daripada syarikat penerbangan terbabit berhubung pembatalan berkenaan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.