Adi Putra Tidak Minat Jadi Pengarah

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Adi Putra mangakui tidak mempunyai minat dalam bidang pengarahan.

 

Adi berkata, dia mempunyai pemikiran berbeza dengan teman seperjuangannya, jika ada di antara mereka kini sudah duduk di bangku pengarah.

 

Sebaliknya bagi pelakon yang berusia 35 tahun ini masih selesa bergelar pelakon sehingga kini.

 

“Selain daripada kekangan masa, sebenarnya saya sendiri tidak mempunyai minat dalam bidang pengarahan.

 

“Saya tahu di mana kepakaran saya, jika saya menjadi pengarah, ia ibarat saya sengaja melanggar tembok.

 

“Bagi saya, tidak penting melakukan semuanya jika ia tidak berkualiti dan hanya membuang masa, lebih elok saya hanya bergelar pelakon dan membantu rakan lain yang bergelar pengarah dengan bekerja bersama mereka,” katanya, memetik laporan Sinar.

 

Namun, tidak mustahil bagi Adi Putra jika dia melangkah ke bidang penerbitan suatu hari nanti.

 

“Siapa tahu saya mungkin bergelar penerbit nanti, lagi pun penerbit tidak mencabar seperti menjadi pengarah,” katanya.

 

Sementara itu, melihat kepada perkembangan profesion Adi Putra, wajar dikatakan dia antara anak seni yang mempunyai standard atau kelas tersendiri.

 

“Usaha gigih saya untuk mencipta nama dan meletakkan diri saya di tahap ini amat sukar.

 

“Apa yang dilalui selama ini memberikan saya banyak pengalaman berharga untuk meraih tempat yang saya miliki,” katanya yang pernah popular menerusi drama bersiri Teduhan Kasih.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.