Video: Tian Chua Cuba Rempuh Halangan Polis

Putrajaya – Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berarak ke belakang Istana Kehakiman bagi menemui pemimpin pembangkang yang gagal dalam rayuan mengetepikan sabitan kes liwatnya.

 

Semasa bergerak dari hadapan bangunan Istana Kehakiman kumpulan kira-kira 500 penyokong itu menjerit slogan reformasi.

 

 

Pekarangan mahkamha juga kecoh dengan laungan reformasi selepas terima berita rayuan Anwar ditolak manakala anggota Unit Simpana Polis (FRU) kelihatan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

 

Sementara itu, pintu belakang Bangunan Istana Kehakiman kecoh apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menceroboh masuk halangan polis.

 

Walaupun berkali-kali dilarang Tian Chua tetap masuk dan mendapat sorakan penyokong. Penyokong kemudian menyerbu belakang Istana Kehakiman selepas mahkamah rehat.

 

Kerajaan Malaysia dalam satu satu kenyataan berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini setelah hakim-hakim menimbang semua bukti yang dikemukakan.

 

“Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif. Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dan sebelum ini terdapat banyak juga keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kerajaan.

 

“Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim dibuat seorang individu secara peribadi – pekerja dan pembantu peribadi Anwar – bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah.

 

“Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif, yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman.”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.