Video: Kerana Hina Janggut, Mahasiswa UIAM Ajak Pengikut Anwar Bertumbuk

Putrajaya – Tindakan lelaki yang mengedarkan risalah berkenaan negara Islam menimbulkan kemarahan para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhimpun di hadapan Istana Kehakiman sejak awal pagi tadi.

 

Tidak cukup dengan itu lelaki tersebut dengan lantang turut mengesa agar Ketua Pembangkang itu bersumpah tidak melakukan perbuatan liwat.

 

Tidak tahan dengan tindakan lelaki tersebut para penyokong Anwar dilihat mula melemparkan kata-kata kesat dan menghalaunya agar segera meninggalkan kawasan tersebut.

 

 

“Keluar dari sini, tak ada orang yang pelawa.

 

“Yang tak halal, jangan hang tu… dia ni penipu, pengecut dan bacul” ujar kumpulan yang dipercayai penyokong Anwar itu.

 

Marah dengan kata-kata kesat yang dilemparkan, lelaki tersebut segera mengajak para pengikut Anwar untuk bertumbuk.

 

Individu yang tidak dikenali itu dikatakan mahasiswa yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa.

 

Keputusan rayuan terakhir bagi kes perbicaraan Liwat II membabitkan Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan berlangsung hari ini di Mahkamah Persekutuan, disini.

 

Anwar berdepan tuduhan meliwat bekas pembantunya dan hari ini penentu samada keputusannya tentang rayuan terakhir untuk Anwar mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya bagi pertuduhan itu.

2 thoughts on “Video: Kerana Hina Janggut, Mahasiswa UIAM Ajak Pengikut Anwar Bertumbuk

  • February 10, 2015 at 12:32 pm
    Permalink

    orga anwar cakap pikir otak bukan lutut hang

    Reply
  • February 11, 2015 at 12:58 am
    Permalink

    Pandai betul Suara TV spin cerita,ekeke..Syabas..Bila masa plk benda sunnah jadi tak halal plk ni?Sedap2 je jatuhkan hukum tak halal ya..Bela janggut tu kan sunnah Nabi..Kalau nak tulis cerita tu bior benor,jgn smp di cari kat akhirat kelak nanti masuk Neraka plk..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.