Video: ‘Kami Ramai, Kamu Hanya Seorang, Kau Bodoh’

Putrajaya – Hanya kerana tidak menyokong ‘perjuangan untuk membebaskan’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang mahasiswa yang dikatakan menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah di maki dengan pelbagai kata-kata kesat.

 

Melalui rakaman video yang dirakamkan oleh wartawan Utusan Online itu, mahasiswa tersebut dilihat tenang sambil tersenyum walaupun diprovokasi dengan pelbagai cara

 

 

Rakaman yang berdurasi 1:19 minit itu mamaparkan seorang lelaki berbangsa Cina yang berusia sekitar 50-an melabelkan mahasiswa tersebut bodoh.

 

“Kami disini ramai (menyokong Anwar), kau hanya seorang.

 

“Kau bodoh” jerit lelaki yang dipercayai penyokong Anwar itu sambil menundingkan jarinya.

 

Sambil berzikir mahasiswa itu berkata ‘saya mempunyai dua izajah’ sebagai reaksi terhadap kata-kata kesat yang dilemparkan terhadapanya.

 

Keputusan rayuan terakhir bagi kes perbicaraan Liwat II membabitkan Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan berlangsung hari ini di Mahkamah Persekutuan, disini.

 

Anwar berdepan tuduhan meliwat bekas pembantunya dan hari ini penentu samada keputusannya tentang rayuan terakhir untuk Anwar mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya bagi pertuduhan itu.

2 thoughts on “Video: ‘Kami Ramai, Kamu Hanya Seorang, Kau Bodoh’

  • February 10, 2015 at 6:54 pm
    Permalink

    ‘Saya mempunyai dua ijazah’.So?

    Reply
  • February 11, 2015 at 6:58 pm
    Permalink

    cina ni kerja dia bawak teksi dalam KL…mmg dari dulu menyokong al juburi..

    Nak jumpa dia senang jer…bila bila mana mana ada perhimpunan PR dia mesti ada ..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.