Video: ADUN PKR Ditahan Cuba Cetus Provokasi

Putrajaya – Keadaan di pintu belakang Istana Kehakiman, di sini kecoh seketika selepas seorang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis kerana cuba mencetuskan provokasi ketika kenderaan membawa ketua pembangkang itu keluar daripada bangunan terbabit.

 

Individu yang ditahan itu adalah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kar Hing dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 

 

Kejadian itu berlaku sebaik beberapa kenderaan dinaiki anggota Unit Tindakan khas (UTK) keluar daripada pekarangan bangunan terbabit menerusi beberapa arah laluan keluar, menyebabkan beberapa penyokong bertindak menghampiri kenderaan terbabit.

 

Sementara itu, sebaik hukuman penjara kekal lima tahun diputuskan Mahkamah Persekutuan bersabit kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi di kawasan berhimpunnya penyokong ketua pembangkang itu di Istana Kehakiman, di sini kelihatan tenang.

 

Hanya laungan “reformasi” dan “bebas Anwar” terus kedengaran, ada juga penyokong dilihat menangis sejurus mendapat maklum berkenaan keputusan terbabit.

 

Ada sebilangan pula dilihat bertindak cuba mencetuskan provokasi terhadap anggota keselamatan, namun ia berjaya dikawal.

 

Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat pula dilihat cuba meminta pihak polis memberi kebenaran kepada penyokong mereka untuk bertemu Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dlbuat kali terakhir.

 

Beberapa pemimpin pakatan juga meneruskan ceramah mereka antara lain mendakwa keputusan yang diputuskan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebagai tidak adil.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.