Sokong Sebab Saiful Berani Bersumpah Di Hadapan Kaabah

PUTRAJAYA –  Penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini hadir memberi sokongan terhadap Saiful kerana percaya bahawa dia berada di pihak yang benar.

 

Menurut wakil penyokongnya Presiden Pertubuhan Suara Aspirasi Malaysia, Suhaimi Adnan, 42, berkata, kepercayaan mereka terhadap Mohd Saiful Bukhari bertitik tolak daripada keberanian yang sanggup bersumpah di hadapan Kaabah.

 

“Saya nak tanya orang Pas, PKR, siapa lagi kita nak percaya?

 

“Cuba suruh dia (Anwar) bersumpah di hadapan Kaabah,” katanya  kepada pemberita di luar bangunan Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini.

 

Beliau yang digelar sebagai Suhaimi Taliban berkata, penyokong Mohd Saiful Bukhari tidak akan hadir menyokong sekiranya Anwar bersumpah di hadapan Kaabah.

 

“Saya menyuarakan keyakinan terhadap Mohd Saiful Bukhari, lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam.

 

“Kami juga hadir di sini bagi memberitahu Mohd Saiful Bukhari tidak keseorangan,” kata Suhaimi lagi yang hadir bersama-sama 200 orang penyokong Saiful yang lain. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.