Sepahtu Mahu ‘Break’ Sertai MLM, Kasi Peluang Orang Baru

BARU-BARU ini pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), Nabil Ahmad mengatakan dia tidak akan terlibat dalam pertandingan itu untuk musim akan datang.

 

Nampaknya, keputusan tersebut turut dituruti kumpulan Sepahtu yang juga pemenang tempat kedua MLM2014.

 

“Sebelum final lagi kita dah bincang, untuk MLM tahun depan kami break sekejap sebab rasa kami perlu beri ruang kepada orang-orang baru,” kata Jep Sepahtu.

 

Namun, berbeza dengan Nabil yang mengambil keputusan untuk bersara terus, kumpulan Sepahtu memilih untuk berehat seketika.

 

Hmm, kalau difikirkan ada bagusnya keputusan mereka itu.

 

Sebabnya, ada ramai lagi bakat baru di luar sana yang menunggu peluang untuk tampil di pentas MLM yang memartabatkan pelawak-pelawak tempatan itu.

 

Agaknya selepas ini ada lagi ke kumpulan pelawak yang nak umumkan persaraan mereka?  – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.