Saya Hanya Bertawakal Dan Berdoa – Anwar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya mampu bertawakal dan berdoa menanti keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

 

“Saya hanya bertawakal dan berdoa. Saya sudah melaluinya banyak kali,” katanya ketika berbual dengan wartawan sejurus tiba di dalam kamar perbicaraan di Istana Kehakiman.

 

Anwar, 67, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba jam 9 pagi diiringi ahli keluarganya termasuk isteri yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

 

Ditanya mengenai khabar beliau, Ketua Pembangkang itu sekadar berkata:

 

“Que sera sera (Apa yang akan terjadi, akan terjadi). Perasaan saya sama macam anda semua, hanya menunggu.” – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.