Remaja Hilang Kembali Ke Pangkuan Keluarga

KUALA LUMPUR – Seorang wanita, Nur Ayuni Osman, 18, yang dilaporkan hilang sejak awal Januari lalu telah ditemui semula kira-kira jam 8 malam tadi di sebuah rumah di Kepong.

 

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh kakaknya, Meriani Osman, 37 yang memaklumkan adiknya ditemui dalam keadaan selamat di rumah rakannya.

 

Pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan membantu sehingga adiknya ditemui.

 

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kehilangan Ayuni disedari keluarga sewaktu melawat adik ketujuh dari lapan beradik itu di hostel tempatnya bekerja di Jalan Kent, off Jalan Maktab di  Persiaran Gurney Sabtu lalu.

 

Ayuni berasal dari Kedah datang ke KL selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dan tinggal bersama abangnya setahun di Jinjang sebelum mendapat kerja di Persiaran Gurney baru-baru ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.