PIDM Mengunjurkan Pendapatan Sebanyak RM439 Juta Pada Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) — Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) mengunjurkan pendapatan sebanyak RM439 juta dan perbelanjaan operasi sebanyak RM109 juta yang akan menyumbang kepada lebihan bersih sejumlah RM330 juta tahun ini.

 

PIDM berkata, lebihan di dalam Dana Insurans Deposit (DIF) akan berjumlah RM1.2 bilion dan Dana Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPF) pula akan mencecah RM1.3 bilion menjelang akhir tahun.

 

“DIF dan TIPF merupakan rizab terkumpul bagi menampung kerugian yang mungkin timbul dalam menyediakan perlindungan, masing-masing kepada pendeposit dan pemilik polisi,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Jean Pierre Sabourin berkata PIDM akan terus meningkatkan keberkesanan operasi dengan memberi tumpuan ke atas pengurusan bakat, pembangunan dan pengekalan, menperkukuhkan hubungan dengan pemegang saham serta memajukan pendidikan pengguna kewangan.

 

Perbadanan itu hari ini mengeluarkan Rancangan Korporat 2015-2017, yang menggariskan inisiatif utama untuk mempromosi dan memberi sumbangan kepada kestabilan sistem kewangan, yang mana ia akan menyokong pencapaian PIDM dan inisiatif yang telah dirancangkan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.