Penunggang Kantoi Bawa Air Ketum

KULIM – Panik dengan sekatan jalan raya dilakukan polis, seorang penunggang motosikal nekad berpatah balik dengan menongkah melawan arus.

 

Bagaimanapun, tindakan itu gagal apabila dia dicekup sekumpulan anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, awal pagi, semalam.

 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai membawa beg berisi air ketum.

 

“Lelaki itu bertindak agresif ketika anggota kami menahannya di Jalan Kulim-Lunas itu.

 

“Siasatan mendapati, terdapat 15 bungkusan air ketum dan ubat batuk.

 

Menurutnya, soal siasat juga mendapati, lelaki itu mengaku pernah terlibat dalam kegiatan pengambilan dadah dan mula berjinak-jinak dengan mengambil air ketum kerana bekalan dadah kini terlalu mahal dan sukar diperoleh.

 

“Dia juga mengaku mendapatkan bekalan air ketum tersebut di sekitar kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang,” katanya.

 

Lelaki itu kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing, sebelum tindakan lanjut.

 

Operasi tiga jam bermula dari jam 1 pagi itu  turut melakukan pemeriksaan terhadap 130 kenderaan dan 96 saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.