Ketua Polis Arah PDRM Ambil Tindakan Terhadap Nga Kor Ming

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pihak akan mengambil tindakan terhadap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

 

Khalid melalui laman twitter menyifatkan tindakan Kor Ming itu seperti sengaja mengundang tindakan diambil terhadapnya.

 

“Orang di bawah (Nga Khor Ming) ini sengaja mengundang tindakan @PDRMsia. Kita Akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan” ujarnya sebentar tadi.

 

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat komen yang sensitif sehingga boleh menyebabkan huru-hara dan ketenteraman awam.

 

Akta Hasutan 1948 memperuntukkan hukuman denda atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan

 

Terdahulu Ahli Parlimen Taiping itu memuat naikkan status di laman media sosialnya menyeru orang ramai menentang kerajaan.

 

“Rakyat berdoa untuk DS Anwar tetapi tidak kesampaian.

 

“Sudah tiba masa rakyat menentang rejim yang Zalim” ujarnya di laman Facebbok dan Twitter sebentar tadi.

 

Tindakan Kor Ming itu kemudianya dikecam kerana cuba menghasut orang ramai untuk menwujudkan keadaan huru-hara.

 

Sementara itu bekas calon DAP, untuk parlimen Teluk Intan Dyana Sofea dilihat seperti mempertikaikan kenyataan Khalid itu.

 

“Apakah kamu bergurau” ujarnya sinis ketika memberikan reaksi terhadap kenyataan tersebut.

 

Namun rata-rata penguna media sosial menyokong tindakan Khalid itu yang disifatkan sebagai pantas bertindak.

 

 

Nga Kor Ming 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.