Kes Liwat II: Ketidakhadiran Ulama Pas Jadi Tanda Tanya

PUTRAJAYA 10 Feb. – Ketidakhadiran kumpulan ulama Pas terutamanya Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke prosiding akhir rayuan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini menjadi tanda tanya.

 

Jika sebelum ini ketika kes ini masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Hadi dan ulama-ulama Pas turut hadir bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar.

 

Hanya kelihatan di Istana Kehakiman hari ini ialah pemimpin Pas yang dilihat pro Anwar antaranya, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad.‎- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.